1 - SAIDINA ABU BAKAR as SIDDIQ
Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasuullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
2 - SAIDINA UMAR AL KHATTAB
Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasannya. Beliau sangat berani dan tidak mengenali erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda sebelum kamu terdapat ahli hikmah di kalangan umat yang terdahulu. Jika terdapat seseorang di kalangan umatku ia pastilah Umar.
3 - SAIDINA UTHMAN BIN `AFFAN
Saidina Uthman bin `Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaian apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthmah tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. beliau merupakan orang pertama yang menyusun al-Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda " Setiap rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin `Affan".
4 - SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
Saidina Ali adalah sepupu Rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda " Barangsiapa yang mencerca Ali RA ia mencerca daku. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan beliau telah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah Babul llm (pintu ilmu). Beliau menghafal al-Quran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, di mana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat al-Quran diturunkan.
^^ ALLAH MAHA MELIHAT ^^